Saturday 30 April 2011

CIRITERA LAWAK JENAKA. - 1

RAHSIA KEJAYAAN THE ROCK

Jika tuan2 dan puan2 nak tahu, rahsia kejayaan gusti The Rock ialah pada masakannya. Selain bergusti, tugas The Rock adalah untuk memasak makanan untuk ahli2 gusti yang lain seperti Stone Cold Steve Austin dan Big Show serta bos kesayangannya Mr.McMohan. The Rock akan mula memasak sebelum program WWE bermula dan selalunya masakan The Rock perlu didihkan selama 15-20 minit dan akan masak di akhir rancangan. Sementara menuggu masakannya mendidih hingga masak, masa inilah The Rock akan keluar dan bergusti. 
Bila The Rock Keluar dia akan bertanya dahulu kepada penoton “If you smell what The Rock is cooking?”, tujuannya tak lain dan tak bukan kerana the rock ingin meminta tolong penonton2 untuk sama2 menjaga masakan yg berada di atas dapur supaya tidak hangit. Jika ada bau nak masak atau hangit cepat2 jerit rocky. Jika makanan hangit maka pastinya The Rock akan dibelasah oleh rakan2 gusti yang lain. 
Sebab itu penonton selalu menjerit rocky2 sebagai isyarat masakannya hampir masak dan supaya the rock gelabah pasal masakannya dan cepat2 belasah lawannya dan menang supaya dapat cepat2 pergi ke dapur. Kita selalu tengok kadang2 ada ahli gusti yang lain tiba datang dan kacau The Rock sewaktu perlawanannya. Sebabnya tak lain dan tak bukan kerana masakan The Rock sudah hangit dan ahli gusti yang datang kacau tu marah sebab tak dapat nak makan. Kesian The Rock.


 MC LA SAYA

Cikgu Mala: Ali, kenapa saya tak nampak kamu dikalangan pelajar lain semasa perhimpunan tadi?

Ali: Memang la cikgu tak nampak saya dikalangan pelajar lain, kan saya mc tadi.

Cikgu Mala: Kamu sakit apa? Tapi kalau dah mc kenapa kamu tak duduk di rumah saja?

Ali: Saya tak sakit la cikgu. Kalau saya sakit, takkanlah saya mc pulak cikgu.

Cikgu Mala: Awak jangan nak loyar buruk dengan saya Ali, kalau awak mc dah tentulah awak sakit. Saya tak marah kalau awak sakit, tapi saya memang marah sebab awak main-main begini.

Ali: Cikgu, betolla saya mc dan saya tak sakit.

Cikgu Mala: Awak ingat awak boleh tipu saya? Pelajar-pelajar sekalian, betul kan Ali tak beratur bersama-sama kamu semua masa perhimpunan tadi?

Pelajar-pelajar: Betul cikgu!
(Cikgu Mala tersenyum sinis memandang Ali)

Cikgu Mala: Ada ke sesiapa yang nampak Ali masa perhimpunan tadi?
Pelajar-pelajar: Ada cikgu, Ali kan mc...

(Cikgu Mala terpinga2 kehairanan)

Ali: Kan saya dah kata cikgu, saya MC...EMCEE ataupun PENGACARA MAJLIS! sebab tu saya tak berada dengan pelajar-pelajar yang lain. inilah pentingnya ENGLISH EDUCATION cikgu....(sambil tangan diangkat keudara melambai2 dengan gaya seorang penari kebudayaan)





No comments:

Post a Comment